By: rinz zura

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 17-Dec-2008 03:20 Email | Share | | Bookmark
HAPPY ANNIVERSARY & HAPPY BELATED B'DAY


















Monday, 8-Dec-2008 15:14 Email | Share | | Bookmark
salam Aidiladha



Ku hadiah kad raya ini buat semua teman fp ku... juga pada sesiapa yang sudi berkunjung

kesini... minta maaf bebanyak kerna lama tak update dan lama juga tak berkunjung ke FP kalian.

Kalau bz menjadi alasan.... mmg yer pun hehehhee.... tambah lagi dah dipindahkan ke bahagian lain

maka kerja-kerja juga bertambah bukan tu jer kat department tu tak di berikan line internet...

sedihnya. Apa-apa pun rinz akan cuba online dr umah pulak insyaALLAH... ok ok jgn lupa ya

ambik kad raya kat atas tuuuuuuuu


Monday, 24-Nov-2008 04:45 Email | Share | | Bookmark
XTVT SABTU & AHAD

Yuuuuu huuuuu!!!! sabtu (malam) rajin ler pulak nak buat puding roti nie... Tengok-tengok roti
pun dah nak expired dari di buang baik buat experiment kan
hehehehe so ini la hasilnya......



Quote:
Puding Roti Ala Rinzura
Bahan:
A:
500 ml Susu Segar - Rinz guna Cream Cheese
8 keping roti

B:
3 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung


CARA:
1. koyakkan roti dan rendam dalam susu 15 minit

2. Kacau dan gaul rata bahan B.

3. Tuangkan kedalam loyang.

4.Bakar dalam suhu 180'C sehungga masak


Ini buat kelmarin untuk makan tengahari.... resepi dari kak Jie ....
Thanks kak Jie masakan ni mmg sedap... Tak sampai malam dah licin muahahahahha



Quote:
Ikan Tongkol Berlada

Bahan

3 ekor ikan tongkol~dibersihkan dan dipotong dua
minyak untuk menggoreng
3 sudu gula~masakan ni mesti manis sikit
2 biji limau kasturi~ambil airnya
garam secukup rasa
serbuk kunyit

Bahan tumbuk kasar

5 biji cili merah
4 biji cili api
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara:
1. Ikan dilumur garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga layu, masukkan garam gula dan air limau kasturi. Kacau sekejap.
3. Masukkan ikan dan gaul sebati. Angkat dan hidangkan.
Sedap dimakan dengan nasi panas-panas..


Monday, 17-Nov-2008 07:01 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT PENGANTIN BARU 9 NOV 08

Setelah pelbagai rintangan akhirnya mereka dipersatukan jua.... Syukur Alhamdulillah!!!!!!

Untuk kedua sahabat ku.... semoga kalian bahagia hingga akhir hayat amin!!!!!!






p.s : banyak yang kata gambar tak clear so terpaksa tukar design.... heheeheh


Thursday, 13-Nov-2008 02:12 Email | Share | | Bookmark
Kek Aiskrim simple & Tuna Roll Snow Cheese



Quote:
Kek Ice Cream Simple

Bahan-bahan ( 1 biji )
• 500ml ais krim vanila
• 250gram biskut coklat (nak pakai biskut lain pun takpe)
• 1/2 cawan almond (nak pakai kacang lain pun boleh)
Cara-cara
1. Satukan biskut dan kacang dalam sekeping plastik pembungkus
ketuk - ketuk kacang dan biskut tersebut sehingga agak hancur.
2. Putar ais krim sehingga kembang dan masukkan campuran biskut
dan kacang tadi sedikit demi sedikit
3. Tuangkan adunan tadi ke dalam sebuah loyang kek yang dilapikkan
dengan food wrapper terlebih dahulu.
4. Simpan pada bahagian sejuk beku semalaman


thanks ida rahayu


~~~~~~~~~~~~~~~~**********~~~~~~~~~~~~~~~~**********~~~~~~~~~~~~~~~~



Quote:
Tuna Roll Snow Cheese

tuna dalam tin

10 keping roti paun
1 biji telur (dikocak) - utk gam hujung roti
pamesan cheese

bahan inti
bawang besar - dihiris halus
mayonis - secukupnya
garam - secukup rasa

**note
1. campur semua bahan inti gaul rata
2. Ambil roti gilingkan dgn mengggunakan penggiling biskut sampai penyek
3. Letakkan inti kat tengah roti yang sudah digiling kemudian gulung ...
lekatkan hujung roti dgn telur supaya tidak terbuka.
4. Goreng sehingga keperang-perangan. Tabur kan pamesen cheese
Siap untuk di hidang.



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net