By: rinz zura

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 6-Mar-2008 10:35 Email | Share | Bookmark
Cheese Cake



Rinz lupa laa ambik resepi dr mana... Tapi pada puan yang empunya resepi ni thanks bebyk.. mmg sedap kek nie tengok tu tinggal 3 slice jer lagi yang lain dah kena ngap

Quote:
Bahan-bahan :
200g krim keju (suhu bilik)
50ml susu segar
3 biji telur (diasingkan putih dan kuning)
100g gula kastor
30g tepung jagung
2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu kecil cream of tartar

Cara membuatnya
1. Panaskan ketuhar pada 175C. Griskan loyang 18sm dengan kertas minyak.
2. Pukul krim keju di dalam mangkuk. Masukkan susu dan terus memukul dengan kelajuan sederhana.
3. Masukan 50g gula, kuning telur, tepung jagung, jus lemon dan cream of tartar. Kacau sebati.
4. Pukul putih telur hingga kembang dan ringan. Masukkan baki 50g gula, sedikit demi sedikit dan terus memukul hingga kembang.
5. Kaup balikkan separuh adunan putih telur ke dalam bancuhan krim keju. Kaupbalikkan baki putih telur ke dalam adunan.
6. Bakar dengan kaedah Bain Marie selama 45 minit pada rak yang paling bawah.
7. Biarkan di dalam tin pembakar hingga sejuk.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net