By: rinz zura

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 29-Apr-2008 01:53 Email | Share | Bookmark
Apam Marble Mint

Lamanya aku tak update Fp ku ini... bz sikit la.... Tengok LABUAN INTERNATIONAL SEA CHALLENGE 2008... Entry akan datang U all tengok gambar ² LISC k.... Tapi untuk ari nie tengok APAM MARBLE yang aku buat nie

Pada sesiapa yang mengunjungi FP ku ini




Jgn silap ini apam k bukan kek marble... resepi ambik dr cikpuanmieza (TQ). Tapi dah diubah mengikut kretiviti ku sendiri....

Quote:

Bahan- Bahan
• 5 biji telur
• 1 sudu kecil ovalette
• 1 sudu kecil Mint
• 300 gm tepung gandum
• 250 gm gula halus
• 250 ml susu segar @ santan
• 1/2 sudu kecil baking powder
• Sedikit Garam
• Pewarna

Cara-cara
1. Ayakkan tepung bersama baking powder.
2. Campurkan garam ke dalam susu.
3. Putar telur dan ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
5. Kurangkan kelajuan mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
6. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
7. Masukkan adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau smpai bhgn atas tu tak melekat.
8. Ulangi langkah (7) dgn adunan kedua.
9. Masukkan adunan terakhir dan kukus lagi selama 30-40 minit.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net